Selasa, 27 Maret 2012

Info Kelulut dari Negeri Jiran Malaysia

Madu Propolis

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek. Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit. Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di  Brazil

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok) Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam.

Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia. Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.

 Mengenal Madu Asli dan Palsu

Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan. Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu

Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan. Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya.

  • Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jellytidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.

Senin, 05 Maret 2012

Cara Membuat Sarang Lebah Trigona Metode Toping

Sobat, metode toping merupakan salah satu metode pembuatan sarang lebah trigona pada budidaya lebah trigona. Metode ini merupakan inovasi dari budidaya konvensional yang biasa melakukan budidaya dengan menggunakan media asli lebah trigona di alam yang bersarang di kayu berlubang, media tersebut awalnya berupa kayu gelondongan yang pada salah satu bagian sisinya dibuat pintu dari lembaran papan untuk memudahkan pemanenan.


Metode konvensional tersebut dipandang kurang efektif dan berisiko terhadap kersehatan koloni, oleh karena itu munculah ide untuk membuat ruang khusus penyimpanan madu dan beepollen yang di tempatkan di atas media kayu berlubang sebagai media sarang alami lebah trigona yang di ambil dari alam.

Inovasi ini memang tidak dapat diklaim ditemukan oleh orang tertentu, masing-masing peternak lebah trigona secara perlahan menerapkan metode ini, ide ini ketemu dengan sendirinya walau ada yang mengetahuinya melalui orang lain atau meniru dari apa yang sudah dilakukan orang lain dalam membudidayakan lebah trigona.

Cara membuat sarang dengan sistim Toping sebenarnya cukup mudah, cukup menyimpan kotak dari lembaran papan yang di beri ruang diatas kayu berlubang. Kunci sukses metode ini yaitu harus memahami bagian mana ruang koloni lebah trigona menyimpan pot telur, madu dan beepollen. Kegagalan pada saat melakukan toping adalah kaburnya koloni dari media tersebut. Ukuran luas ruang yang disediakan harus tepat, tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas. Setiap jenis lebah trigona memiliki ukuran luas ruang yang berbeda, hal ini perlu disesuaikan dengan banyak tidaknya produksi madu dan beepollen serta masa pemanenan di kehendaki.

T. carbonaria [Dok. Komunitas 45]
T. Laeviceps [Dok. Komunitas 45]
T. itama [Dok. Komunitas 45]
Metode toping, memiliki kelebihan diantaranya adalah terjaganya kawanan lebah trigona dari serangan predator dan tidak memerlukan masa adaptasi. Kekurangannya yaitu sulit melakukan upaya pengembangan koloni, padahal setiap peternak mengharapkan penambahan koloni melalui system pemecahan koloni. Walau demikian, kami sudah melakukan uji coba pemecahan koloni dari media toping dengan penuh kehati-hatian.

Pada riset tersebut, jenis yang di gunakan adalah T. carbonaria, T. itama dan T. laeviceps. Dan, hasilnya upaya tersebut telah berhasil memecahkan koloni dari masing-masing media toping menjadi 2 koloni yaitu 1 koloni di sarang toping awal dan 1 koloni pada kotak koloni.