Jumat, 18 Mei 2012

Kotak Koloni Kelulut



Kejar mengejar masa, tanpa disedari bulan puasa dah masuk hari ke 10, kumpul koloni kelulut hari hari kian bertambah. Niat mahu mula proses permindahan koloni yang telah terkumpul, kotak kotak pula belum disiapkan lagi. Nak di proses koloni koloni, itu lah yang jadi masalahnya, maklumlah bulan puasa, fikir fikir staf nampak kurang bersemangat, soal lapar tiada jadi masalah, kepanasan dan dahaga tak berapa dapat bertahan.
Kayu untuk membina kotak bukan perkara sukar untuk diperolehi, cuma, niat mahu jimat sejimatnya, mengelak dari membeli di stor kayu yang belum tentu kayu kayu yang di beli sudah diawet bahan bahan kimia yang akan mendatangkan kesan pada madu nanti. Walaupun ini hanya teori, tetapi kami anggap nya akan betul betul terjadi, daripada menyesal depan hari, lebih terbaik berhati hati, sebabnya merupakan makanan wajip terjamin keselamatannya.

Kermungkinan para para perternak lebah kelulut tiada memikirkan pemilihan kayu kayu untuk membina kotak, kerbanyakkan mereka membeli kayu kayu di stor stor kayu atau di kilang kilang kayu tanpa mengambil kira jenis kayu dan tanpa mengetahui kayu kayu yang di beli telah di awet bahan bahan kimia percegahan anai anai. Kami mengikut fikiran logic serta teori kami, setelah kajian kami secara terperinci, pokok spesis apa yang digemari lebah kelulut membina koloni serta nectar pokok spesis manakah yang lebah kelulut sentiasa kumpulkan untuk membina propolis atau pendinding kota.
 Aspek ini lah yang menjadi factor utama kami memilih spesis kayu untuk membina kotak lebah kelulut. Koloni kelulut, biasa di temui di pokok rambutan, durian, nangka, rambai, manggis, gajus, kundang, akasia , serai buah, berangan, merbau, jering serta pokok yang berlubang lubang. Kerbiasaan lebah kelulut membina koloni paling tinggi 10 kaki dari aras pangkal.

Kami sediakan kayu dari 3 spesis, kayu serai buah, akasia dan durian, hanya bertujuan mengekalkan aroma , serasian dan kermungkinan juga dapat mengekalkan habitat asal lebah kelulut bersarang di kotak yang dibina daripada kayu kayu yang sentiasa lebah kelulut membina koloni. Ini hanya satu percubaan awal, tujuannya utama mahukan perjimatan kos membina kotak dan kotak kotak akan bertahan lama daripada mudah reput dengan dedahan cuaca yang tak menentu.
 Berukuran 9 inci tinggi, 10 inci lebar dan 12 inci panjang bagi satu kotak, teknik atur satu persatu. Teknik kepopong pulak atau teknik gantung ukurannya hampir sama dan satu teknik pula batang kayu asal ( koloni di kayu asal ) kotak di letak diatas permukuan kayu koloni lebah kelulut, teknik yang paling mudah tanpa memindah koloni ke dalan kotak.

Rekaan kotak teknik ternakan di telah di usahakan di Negara jiran, salah satu teknik yang terbaik, madu lebah kelulut dapat di sedut tanpa menganggu anak anak lebah kelulut. Slot perbahagian antara anak anak di antara madu di bina didalam kotak ini, satu ciptaan terbaru proses penyedupan madu setiap kali di lakukan tanpa menjejaskan habitat lebah kelulut.
Sekiranya kotak kotak diperbuat daripada kayu kayu yang telah diawet dengan bahan bahan kimia, kotak kotak ini di pula di letak dilokasi terdedah pada cuaca panas dan hujan , maka ianya akan mengrangkap haba di dalam keseluruhan kotak, madu serta propolis akan menyerap udara bercampur bahan bahan ini, lama kelamaan ianya akan terhasil madu dan propolis beracun.

Walaupun ini tiada dikaji secara kerseluruhan, tetapi kami memulainya dengan langkah berhati hati sebelum perkara yang tiada di ingini berlaku. Ini adalah kali pertama kami hasilkan kotak kotak buatan sendiri, ada para para pengusaha ternakan lebah kelulut, menempah kotak kotak dari kilang kilang perabut. Kotak kotak ini di tempah dengan anggaran harga berbeza dari RM30.00 hingga RM50.00 sebuah , tanpa menyelidiki jenis kayu dan adalah kayu tersebut tiada di awet.
Saya boleh dikatakan beruntung, partner saya mempunyai bengkel senikraf dan para para staf gold-forest R&D Gaharu semuanya pandai bertukang. Satu kelebihan ini lah membuat saya semakin bertekad, tahun ini ternakkan lebah kelulut akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Jika dikira keluasan tapak ternakkan sementara ini, cuma 6 ekar telah diperuntukan dengan tagged 200 koloni di ternak secara berperingkat, sekiranya keluasan tapak ini agak sempit.
Masih ada 12 ekar lokasi telah dikenalpasti untuk project ternakkan lebah kelulut, boleh dikatakan project ternakan lebah kelulut secara ladang secara berselerak, jumlah tapak 12 ekar jaraknya jauh. Kotak koloni ini akan di tempatkan di tapak ternakan di dusun dokong, durian, rambutan, duku, ladang kelapa sawit, tembikau, dan dipinggiran bendang padi. Dari planning saya, cuma 1 minggu masa telah diperuntukan menyiapkan 100 buah kotak dan minggu kedua, proses pemindahan koloni lebah kelulut akan dilakukan, penghujung bulan april ternakan lebah kelulut bermula. Insyaallah..