Membuang daun kelapa mengunakan pisau raut, di potong sepanjang 1 kaki, lalu menghampiri tiang cenggal rumah pusaka. Tiang cenggal yang mempunyai penunggu bertahun mendiami tanpa di ganggu oleh sebarang makluk, bila sahaja waktu siang, para para penghuni ini terlalu sibuk dengan rutin hariannya. Para para penghuninya mula memberontak, kerana diganggu, mula hinggap di rambut, mengigit tangan, semasa lidi di masukkan dalam lubang sarangnya, lidi di keluarkan, lalu di masuk ke mulut .. memang sedap, manis dan masam rasanya. Itu lah kerenah kami semasa usia kanak kanak, pantang terjumpa koloni kelulut lalu di masukan lidi bagi merasai keenakan madu kelulut.
Saya bergitu aktif , gemar dan sentiasa berada di pinggiran hutan bagi menjalankan kerja rutin harian sebagai Inokulan ( merawat pokok gaharu liar ) yang di tumbuh di ladang getah, kebun buahan di lokasi kawasan kampong dan pinggiran hutan. Seringkali saya temui koloni koloni kelulut, di pokok pokok, di pangkal tunggul , pada batang pokok yang telah tunbang dan pokok yang baru ditebang oleh para para penebang kayu hutan. Disini lah timbulnya pertanyaan pada diri sendiri, bolehkah kelulut di ternak secara komersil..?
Sebagai pengiat Inokulan pokok gaharu, saya akan menziarahi dari daerah ke satu daerah sepanjang tahun , sentiasa menjelajahi seluruh negeri di Malaysia dan kadangkala ke Negara jiran, bila ada urusan berkaitan urusniaga gaharu. Saya terdedah awal dengan pernemuan , tentang madu dan propolis yang dihasilkan oleh kelulut merupakan raja segala ubat, cuma pada awalnya tiada pengetahuan khusus bagaimana mahu memulakan ternakan spesis ini, lagipun awalnya, nama nama sainstifiknya saya tiada ketahui.
Saya luangkan masa mencari bahan bahan berkaitan kelulut di website, diblog blog yang terdapat di internet sebagai sumber asas. Terkejut pada awalnya, kelulut mempunyai family yang amat besar d kelompok family lebah madu, laporan mengata kelulut mempunyai 33 spesis.. betul ker bengitu..? Maaf saya menyangkal pendapat ini, kalau di kira genus trigona ini di seluruh dunia, jumlahnya lebih dari 33 spesis, sekiranya di indonesia sahaja terdapat 20 spesis, jika di campur di seluruh Negara, tentu jumlahnya tiada dapat dikira secara tepat.
Bagi pendapat saya, saya tiada terlewat memulakan project ternakan kelulut secara komersil, perternak dimalaysia masih lagi berkurangan jika dibandingkan dengan Negara Negara lain, yang telah mendahului menjalankan kajian serta ternakan spesis kelulut. Saya bertuah mengenali salah seorang , yang boleh dikata pakar di dalam ternakan ini, sedia memberi bantuan dan tunjuk ajar, cara bagaimana teknik pemindahan koloni ke dalam kotak ternakan.
Bidang Ternakan kelulut masih baru di Malaysia, para para pertenak masih lagi tiada mengenal secara tepat nama nama spesis trigona yang mereka ternak, Bagi mareka, apa nama tiada dipedulikan, janji yang mereka ternak adalah kelulut, bagi memperolehi hasil dari madu dan propolis, tagged mereka asal urusniaga membekalkan produk dari trigona berjalan lancar. Walaupun tiada mengenal nama nama kelulut, sekurang kurangnya, industry ini terus berkembang dengan adanya galakan, bantuan moral, dedahan bengkel asas ternak di anjurkan oleh badan berkenaan. TQ.